Idaman Bukit Jelutong
Projek pangsapuri Rumah Idaman Bukit Jelutong yang bertempat di Seksyen U8 Bukit Jelutong ini akan dilancarkan oleh Nadi Cergas Development Sdn Bhd. Perumahan mampu milik ini telah diperkenalkan oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) MBI yang menawarkan kediaman mampu milik yang berkualiti kepada pembeli rumah pertama/kedua di negeri Selangor Darul Ehsan.
Akan Datang March 2022! Daftar Sekarang!
1,000 Kaki Persegi
2 Tapak Parkir
RM 250,000
Rumah Dilengkapi Dengan
Penghawa Dingin Setiap Bilik
Almari Pakaian Setiap Bilik
Kabinet Dapur
Kabinet TV dan TV
Peti Sejuk
Pemanas Air Dalam Setiap Tandas
Fasiliti & Kemudahan
Kolam Renang
Gimnasium
Taman ATAS BUMBUNG dan Kawasan Lapang
Tempat Barbeku
Trek Joging
Dewan Serbaguna
Pelan Susun Atur Rumah
Di Portal MBI
Syarat Kelayakan
Kewarganegaraan
Pemohon adalah warganegara Malaysia.
Had Umur
Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh pendaftaran.
Pemilikan Rumah
Tidak memiliki lebih daripada satu jenis kediaman di Selangor.
Had Pendapatan
Pendapatan bulanan seisi rumah (Pemohon dan Pasangan) tidak melebihi RM14,500.00.
Di Portal MBI
Proses Permohonan
1
Pendaftaran Pengguna
Pengguna boleh melayari portal dan mendaftar sebagai pengguna.
2
Hantar Permohonan
Pengguna boleh memilih projek hartanah dan hantar permohonan.
3
Proses Kelulusan
Pemilihan akan dibuat oleh sistem dan diluluskan oleh jawatankuasa.
4
SERAHAN DOKUMEN SOKONGAN
Dokumen sokongan dihantar dan disemak oleh pemaju.
5
Surat Tawaran
Terima surat tawaran dan laksana proses pinjaman.
6
Pindah Ke Kediaman
Pindah ke kediaman baru apabila hartanah siap dibangunkan.
8 DOKUMEN SOKONGAN DIPERLUKAN
Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk semakan kelayakan :
- Salinan Pendaftaran Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS)
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
- Salinan Sijil Nikah/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan/Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah
- Penyata gaji terkini pemohon dan pasangan bagi 3 bulan yang terkini / pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah
sekiranya bekerja sendiri - Penyata KWSP terkini pemohon dan pasangan / Penyata Pencen
- Sejarah Pengeluaran KWSP terkini pemohon dan pasangan (Summary Withdrawal History)
- Penyata Central Credit Reference Information System (CCRIS) dari Bank Negara SAHAJA
- Salinan Perjanjian Jual Beli (SNP) dan Salinan Perjanjian Perumahan (Sekiranya pemohon atau pasangan memiliki rumah di luar
Selangor)
Di Portal MBI